BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 2, 2011

Kau Sahabat Kau Teman

Bismillahhirrahmanirrahim...



“Mak…!Nak balik,nak balik..tak nak duk asrama…!,”Azliana menghentak-hentak kaki selesai saja Puan Ramlah mendaftarkannya masuk tingkatan satu ke sekolah berasrama itu dan meletakkan barang-barangnya di dalam blok A Asrama Khadijah.

“Nana,tinggal kat asrama la best.Ramai kawan,study sama-sama.Nana satu-satunya anak Mak.Nana kena belajar rajin-rajin ya.,”pujuk Puan Ramlah.

“Tapi Mak,semua kawan Nana tak sekolah sini.Nana boleh duduk rumah,Nana jalan la datang sekolah.”,jawab Azliana mempertahankan keputusannya.Wajahnya yang putih makin kemerahan menahan kesedihan di dalam hati.Tidak pernah berpisah dengan ibu bapanya selama ini.

“Tak pe,nanti ramai kawan baru yang nak kawan dengan Nana.Jauh kalau nak berjalan dari rumah ni,lagi pula duit minyak makin mahal.Mak nak balik dah ni.Ayah tunggu sorang je kat rumah tu.Jangan sedih-sedih ye.”tambah Puan Ramlah lagi memujuk anaknya yang pertama kali tinggal di asrama itu.

“Mak…isk isk isk…,”Nana memanggil Maknya sayu,air matanya mula berlinangan jatuh membasahi uniform sekolahnya.

“Ye Nana,dah jangan nangis.Belajar rajin-rajin ye nak,Mak dan Ayah akan sentiasa doakan kejayaan Nana.,”Puan Ramlah memeluk Azliana dan mengusapnya lembut.Puan Ramlah mula masuk ke perut teksi yang sudah lama menunggunya,dah tidak lama selepas itu,kereta itu hilang dari pandangan Azliana.

Tangisannya makin memuncak.Dia masuk ke dalam asrama dan duduk di atas katilnya.Dia seperti tiada arah,tangisannya makin kuat.Semua pelajar yang berada disekeliling melihat sahaja ke arahnya.Ada beberapa senior yang datang memujuk tidak diendahkannya

Tiba-tiba bahunya disentuh.

“Awak…,”sapa seorang pelajar perempuan.

Azliana memandang ke arah perempuan itu.Hatinya berasa lebih tenang dengan sentuhan dan sapaan lembut itu.

“Awak..jangan nangis.Wawa pun sedih,Mama dan Papa baru je tinggalkan Wawa.Wawa pun baru masuk hari ni.Wawa form one.Nama awak sape?,”tegur Salwa memperkenalkan diri tanpa dipinta dan duduk disebelah Azliana.

Esakan tadi mula berkurang.Azliana rasa selesa dengan kawan barunya itu.

“Azliana.Panggil je Nana.Nana pun form one.Nana sedih,Nana tak pernah berpisah dengan Mak dan Ayah.Dulu,Nana tinggal kat rumah je.Mak dan Ayah yang hantar pergi sekolah.Nana suka sekolah dulu.Nana ade ramai kawan.,”Azliana mula berminat meluahkan apa yang terpendam.

“Wawa pun suka duk rumah.Mama dan Papa suka bawa Wawa pergi jalan-jalan.Bibik pulak suka masak ape je yang Wawa nak.Wawa pun tak nak duk asrama.Tapi…,”kata-kata Salwa terhenti.Wajahnya menampakkan kesedihan.Dia merenung dalam mata Azliana.

“Kenape Wawa?,”tanya Azliana hairan.

“Papa dan Mama…Papa dan Mama tak lama lagi akan mati…,”luah Salwa tersekat-sekat.Tangisannya pula yang kedengaran di dalam blok itu.

“Ha?!,Kenapa?Papa dan Mama Wawa sakit ape?,”Azliana terkejut dengan kenyataan yang diluahkan Salwa.

“Papa dan Mama ada sakit yang tak dapat diubati.Bibik yang cakap.Papa dan Mama tak pernah bagi tahu Wawa.Tapi Wawa selalu nampak Papa dan Mama makan ubat.Bila Wawa tanya,Papa dan Mama kata biasalah penyakit orang tua.Wawa tak rasa itu penyakit biasa.Kadang-kadang Papa dan Mama tak balik rumah.Papa dan Mama cakap ada kerja,tapi Wawa tak percaya.Wawa tanya bibik,mula-mula bibik tak nak bagi tahu.Tapi Wawa paksa jugak.Bibik kata Mama dan Papa kena tahan di hospital beberapa hari.Ada rawatan khusus.Wawa sayang Papa dan Mama.Wawa tak sanggup kehilangan mereka.Sebab tu Wawa ikut cakap Papa dan Mama untuk tinggal di asrama ni.Nana,jadi kawan Wawa ye.Wawa tak de kawan lagi kat sini.Wawa rindu Mama dan Papa…,”luah Salwa penuh emosi.

“Wawa…Nana nak kawan ngan Wawa.Wawa jangan sedih…,”Azliana pula memujuk Salwa.Rasa simpati terhadap kenalan barunya itu.Rupanya kesedihan dirinya tidaklah seteruk Salwa.Tangisan yang berhenti tadi,kedengaran kembali.Mereka berpelukan.Tangisan kali ini semakin kuat,dua tangisan bersatu menjalinkan ikatan persahabatan.

Ibu-ibu yang menghantar anak-anak mereka di asrama itu juga melihat dengan penuh rasa terharu dan mata yang berkaca.


...................................................

Genap dua bulan mereka bersahabat,mereka saling berkongsi rasa suka dan duka.Mereka dikenali di sekolah sebagai “kembar nakal”, tetapi bukanlah samseng.Walaupun begitu,mereka sangat disayangi kawan-kawan dan guru-guru di sekolah kerana kecerdikan serta kecantikan mereka.

“Mana lencana?,”tegas seorang pengawas perempuan bertanya pada Azliana.

“Ada,”jawab Azliana selamba walaupun ternyata dia tidak memakainya pagi itu.

“Ni.,”sampuk Salwa disebelahnya menunjukkan lencana yang dipakainya.

“Ni lencana awak.Akak tanya lencana dia ni.,”nada suara pengawas itu ditinggikan geram dipermainkan oleh budak tingkatan satu.

“Relaks kak pengawas,lencana ni tersorok sikit kat belakang ni…jap,ish susahnya…!Wawa tolong tarik..,”Azliana mencari helah.Dia buat-buat menarik tudungnya yang tersepit di celah zip beg sekolah yang digalasnya.

“Satu dua tiga…tariiiiiikk..,berjaya!”jerit Azliana.

“Huh!Berjaya jugak kan Nana.,”balas Salwa.

“A’ah.Tapi kak,tercabut.Lencana ni tercabut dari tudung.Mungkin tarik kuat sangat kot.,”Azliana mengeluarkan lencana dari poket begnya yang memang tidak dijahit secara sembunyi.Mukanya selamba.

Pengawas itu menggeleng kepala melihat telatah Azliana dan Salwa.



“Baik..!Hari ni dimaafkan.Malam ni jahit.Esok pastikan lencana tu melekat kuat kat tudung awak.Letak gam gajah ke.Faham!,”arah pengawas perempuan itu.Malas melayan dua budak yang pandai berdalih itu walaupun dia tahu langsung tidak masuk akal lencana yang sepatutnya berada di depan tersangkut di zip beg belakang.Malas membuang masa.

“Huh…mujur akak tu tak perasan.Kalau tak, Nana mesti kena diri kat depan tu.Nape Nana tak pakai lencana hari ni?,”tanya Salwa sambil berjalan beriringan dengan Azliana masuk ke kelas 1 Asfar.

“Nana lupa.Pagi tadi nak jahit,tapi tak sempat.Nana bawak la pergi sekolah.Rupanya tak sempat jugak.Terima kasih Wawa tolong Nana tadi,kalau tak mesti Nana dah kena.Pandai jugak Wawa berlakon ye.Hehe.,”Azliana menepuk lembut bahu Salwa.

“Hee..kita kan kawan…,”jawab Salwa pantas.

“Betul,betul,betul…friends forever…”Azliana mengajuk ungkapan yang selalu disebut Ipin dalam kartun animasi Upin dan Ipin dan berjalan masuk ke kelas.

*********

Kringgg….

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.

“Jom Wawa,Nana belanja makan hari ni.”pelawa Azliana pada sahabat karibnya itu.

“Tapi,kesian Nana,selalunya,Nana je yang belanja.”Salwa menolak lembut.

“Mak Nana cakap,memberilah apa yang kita mampu.”Azliana tersenyum manja.

“Baiklah,baiklah,tapi lain kali biar Wawa belanja Nana pula ya?”

“Ok…”

“Janji?”

“Janji…jom..!”

“Jom…”Azliana dan Salwa menuju ke kantin sekolah.

“Erm..Wawa nak makan apa?”tanya Azliana sambil melihat makanan yang terhidang di bahagian dalam kantin tersebut.

“Nasi goreng je lah,Nana?”

“Samalah,nasi goreng jugak.Wawa duduk dulu ya.”

“Ok,Wawa cari tempat dulu.”Salwa berlalu ke meja meninggalkan Azliana membeli makanan.

“Ermm….abang,nasi goreng dua ya.”pinta Azliana pada salah seorang penjual di kantin tersebut.Azliana tidak pernah melihat wajah lelaki itu sebelum ini.

‘Pekerja baru kot...’,fikir Azliana.

“Sebelum tu,abang nak tanya,sape nama kawan adik tu?Wawa?Wani?”tanya abang itu yang berumur dalam lingkungan 30-an.

Azliana terkejut dengan pertanyaan lelaki itu.Hatinya mula berdebar-debar.

“Erk…a’ah.Wawa,kenapa bang?”jawab Azliana sedikit tergagap.

“Cantik..boleh tahan..,cakap Abang Man kiri salam ye.”tajam mata abang itu memandang ke arah Salwa.

Hati Azliana mula berasa tidak enak.Dia mula mengalih topik.

“Ermm..abang…nasi goreng mana?”

“Oh,sorry-sorry terlupa pulak.Nah..,” abang itu menghulurkan dua pinggan nasi goreng,tapi pandangannya tetap ke arah Salwa.

‘Ish..gatalnya dia ni…bencinya…!’ getus hati Azliana.

Azliana mengajak Salwa makan jauh dari kantin supaya Abang Man tidak dapat mengintip Salwa lagi.Azliana menggunakan alasan bahawa ada ‘kucing besar’ di kantin tersebut.

***

Sudah empat tahun berlalu,ikatan persahabatan mereka makin utuh.Mereka makin membesar dan bertambah cantik.Mereka sentiasa bersama,belajar bersama,bersukan bersama,dan segalanya bersama.Ketika Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),kedua-dua mereka dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah.Semua guru dan kawan-kawan berasa senang bersama mereka berdua.

Pada tahun ini,mereka akan menghadapi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mungkin juga selepas itu,mereka membawa haluan masing-masing.Rasa sedih tidak dapat digambarkan.Mereka sentiasa mengelak dari mebincangkan rancangan masa depan mereka,kerana mereka tahu mereka tidak akan bersama.Papa dan Mama Salwa,mahu Salwa menyambung pelajaran ke luar Negara.Manakala,Mak dan Ayah Azliana mahu Azliana belajar di universiti tempatan sahaja.

Pada hari Sabtu,selepas sahaja menunaikan Solat Zohor,Azliana,Salwa dan Habibah merancang untuk keluar ke Bandar Taiping untuk membeli barang-barang menyambut hari perpisahan penghuni-penghuni Asrama Khadijah.

Mereka bertiga menaiki bas awam.Dalam sepuluh minit,mereka selamat sampai di pusat membeli-belah The Store.

“Kita bertiga berpisah ya.Cepat sikit cari barang.Dah salin kan barang-barang yang kita bahagikan tadi?”tanya Habibah sebagai ketua Asrama Khadijah.

“Dah..,”jawab Azliana dan Salwa serentak.

“Baiklah,siapa yang dah sudah,kumpul dekat bus stop depan ni ye...”Habibah menunjukkan hentian bas di seberang jalan.

“Baik bos…hehe..”jawab Azliana dan Salwa sambil menggayakan seperti tanda hormat seorang anggota polis.Mereka bertiga ketawa dan mula bergerak menyempurnakan tugas masing-masing.

20 minit kemudian…

“Wah…cantiknya…,”Azliana memandang ke arah kincin bear yang banyak tergantung di sudut kedai.Fikirannya mula memikirkan sahabat baiknya Salwa,dia yakin Salwa pasti sukakannya.Hatinya sangat gembira dan tidak sabar ingin menghadiahkan pada sahabat karibnya itu.

Usai membeli,Azliana bergerak ke tempat yang dijanjikan tadi.Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.Azliana tersentak dan berdebar bilamana melihat kelibat Abang Man di hadapannya berlari seperti ketakutan.

Azliana tidak mempedulikan,dan terus berjalan ke arah hentian bas.Habibah sudah menunggu di situ.

“Ha,Salwa mana?,”tanya Habibah sambil mengerling ke arah jam beberapa kali.

“Ntah..ingatkan dia dah datang sini.Tak sudah lagi kot.”jawab Azliana cuba berfikiran positif.

“Eh,nak kata banyak,barang kita lagi banyak rasanya.Kita belum solat Asar lagi ni.Entah-entah dia dah balik…”Habibah meneka.

“Tapi…tak mungkin kan?Dia tak pernah tinggalkan Nana...”,Azliana menolak,dia tahu Salwa tidak mungkin meninggalkannya.

“Mungkin dia balik dulu,dia nak solat dulu ke?Dia kan selalu solat di awal waktu?Nana kan tak boleh solat,mungkin sebab tu dia balik dulu.”,Habibah mempertahankan tekaannya.


“A’ah kan,betul juga.Ermm,jadi kita nak balik ke ni?”

“Ye lah!Saya rasa dia memang dah balik ni.Dia kan dah biasa datang sendiri.Dah 6.15 ni,saya takut terlepas Asar pulak nanti.Nana nak tunggu Wawa ke?Kalau dia dah balik macam mana?”, Habibah menambah tekanan pada Azliana.

“Ermm…erm..macam mana ya?Nana tak tahu balik sendiri.Nana ikut Habibah je lah.Mungkin Wawa dah balik…”Azliana membuat keputusan.Hatinya berbelah-bahagi.Tidak tahu apa patut dibuat.Hatinya mula rungsing,Salwa tiada di hadapannya.Dengan kelibat Abang Man tadi,menambahkan kerisauannya.

Sampai sahaja di Asrama Khadijah…

Azliana berlari masuk ke dorm mencari Salwa.Kincin bear yang dibelinya tadi digenggam erat.Tidak sabar mahu ditunjukkan pada Salwa.Tapi kelibat Salwa langsung tidak kelihatan.

Azliana duduk bersila di tengah-tengah antara katilnya dan katil Salwa sambil mengenggam kincin bear tadi.Kelas prep ditinggalnya.Hanya dia seorang di dalam dorm.Dia berharap Salwa akan pulang dan gembira dengan hadiah yang ingin diberi.

Krekk…

Pintu dikuak seseorang…

Azliana menyorok,bimbang warden datang untuk menghukumnya.

“Nana…keluarlah..ustazah tahu Nana ada dalam bilik…ustazah nak cakap sesuatu yang penting ni…,”lembut sahaja nada suara Ustazah Ainul ,iaitu warden Asrama Khadijah.

Perlahan-lahan,Azliana keluar dari tempat persembunyiaannya.

“Maaf ustazah,saya nak tunggu Salwa…,saya tak boleh belajar tanpa Salwa.”Azliana mengaku kesalahannya.

“Ya,saya faham..mari ikut saya,ada orang yang mahu berjumpa dengan kamu.”Ustazah Ainul membawa Azliana keluar asrama.

Azliana makin berdebar,meremang dan hatinya rasa sesuatu telah berlaku pada Salwa.

Muncul Papa dan Mama Salwa dihadapannya seperti baru lepas menangis.

“Kenapa ni Uncle,Aunty?Apa dah berlaku?”tanya Azliana penuh tanda tanya.

“Salwa nak…,”Mama Salwa memulakan bicara.

“Kenapa Aunty?Kenapa?Kenapa dengan Salwa?”

“Dia dah meninggal…”

“Ha?..Tak mungkin Aunty…tak mungkin…!Tadi dia dengan Nana…,Wawa dengan Nana tadi…Ni..ni hadiah untuk Wawa,Tak mungkin Aunty….Tak mungkin…Wawa takkan tinggalkan Nana….”matanya mula merah.Azliana menunjukkan kincin bear yang mahu dihadiahkan pada Salwa.Dia tidak dapat menerima kenyataan itu.

“Betul Nana,Aunty tak tipu.Sepatutnya,Uncle dan Aunty mati dulu,bukannya Wawa.”Mama Salwa kesal.

“Betul nak…patutnya kami pergi dulu,tapi Allah sudah taqdirkan Wawa pergi dulu.Wawa baru sahaja disahkan meninggal pukul 9 malam tadi di hospital.Orang ramai terjumpa Wawa berada dalam keadaan separuh bogel di semak belakang bus stop di hadapan The Store kat Taiping dan mereka laporkan pada polis.Polis mengatakan dia telah dirogol di tempat lain,dan telah dibuang di belakang semak berhampiran bus stop tu.Mujurlah perogol tu dapat ditangkap.Beg dompet perogol itu tercicir di tempat Wawa dijumpai.Rupanya dia pekerja di kantin sekolah ni !!!”panjang lebar Papa Wawa menceritakan kejadian sebenar untuk menyakinkan Nana.

Nana mula kelihatan lemah,kakinya nampak longlai,dan dia pengsan.

***

"Nana…Nana…”suara Salwa kedengaran.

“Wawa?Wawa pergi mana?”lantas Azliana memeluk erat sahabatnya itu tidak sanggup lagi dilepaskannya.

“Wawa tak kemanalah.Wawa pergi tempat yang tenang sangat…”

“Kat mana tu?Nana nak ikut…”

“Nana tak boleh ikut,nanti bila dah sampai masanya,Nana akan sampai juga.Kita jumpa nanti ya.”

“Tapi Wawa,Wawa tak nak ambil SPM ke?Kita kan belajar sama-sama.Perjuangan kita masih panjang Wawa.”

“Nana,masa Wawa dah tiba,Wawa terpaksa tinggalkan Nana.Belajar rajin-rajin ya Nana.Wawa sayang sangat kat Nana.Terima kasih jadi sahabat Wawa susah dan senang.Maafkan segala kesalahan Wawa.”Salwa mula melangkah menjauhi Azliana.

“Wawa….isk isk isk…,”Azliana mula tersedu-sedan.Dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang Salwa.

***

“Wawaaaaaaaaaa!!!!!!...”Azliana menjerit dan tersedar dari komanya.

Semua pelajar mula mendekatinya.

“Nana,sabar ya Nana…”Aisyah datang memujuk.

“Mana Wawa?Mana Wawa?Dia pergi mana?”tanya Azliana mengharapkan jawapan.

Aisyah dan pelajar-pelajar lain memandang sesama sendiri.

“Wawa dah tiada,dia dah pergi meninggalkan kita semua,dia bertemu Tuhannya…Kita yang masih hidup kena teruskan hidup…”lembut Aisyah memujuk Azliana.

Azliana mula menangis dan memeluk Aisyah.

“Kenapa?Kenapa Wawa tinggalkan Nana…Nana sayang dia…Nana sayang sangat kat dia…Aisyah….Nana nak jumpa Wawa…”

Aisyah dan semua pelajar menangis bersama Azliana,mereka memahami perasaan Azliana.Mereka cuba sedaya-upaya memujuknya.

***

Beberapa hari selepas itu,Azliana mengemas loker kepunyaan Salwa untuk dibawa pulang oleh Papa dan Mama Salwa petang itu.

Lokernya sangat bersih dan tersusun menampakkan peribadi tuannya yang juga sangat bagus.Terdapat kalendar yang ditanda hari kenangan mereka bersama.Tercatat juga hari jadi Azliana.Gambar mereka berdua juga dikepil bersama kalendar itu.

Mata Azliana mulai berkaca.Kesedihannya ditahan.

Azliana tertarik melihat satu balang yang diletakkan di satu sudut di dalam loker Salwa.Dia mencampai balang yang hampir dipenuhi burung kertas yang berwarna-warni itu.Ada satu nota kecil di balang itu.

Nanti dah penuh,Wawa bagi awak kat Nana ya.Nana tu kawan baik saya.Saya nak bagi awak kat dia masa birthday dia nanti.Cepat-cepat penuh tau…WAWA

Air mata mula membasahi nota kecil itu.Kenangan-kenangan bersama bermain difikirannya.Azliana mengambil balang yang hampir dipenuhi burung itu serta gambar mereka berdua di kalendar dan disimpan ke dalam lokernya.Itulah kenangan terakhir Salwa baginya.

Kincin bear yang ingin dihadiahkan juga disimpan bersama balang serta gambar tadi.Itulah barang kenangan yang akan dibawa bersama kemana saja dia pergi.Itu tekadnya.

Setiap kali mendengar lagu nasyid dari Hijjaz,”Kau Sahabat Kau Teman” pasti Azliana menangis.Tiap patah lirik lagu itu seperti ditujukan padanya dan Salwa.

“Memori indah kita bersama terus bersemadi,kau sahabatku kau teman sejati…”lirih suaranya sambil melihat bangunan sekolah menengahnya untuk kali terakhir.Azliana berjaya menyambung pengajiaannya ke Universiti Malaya.

“Sahabatku Wawa,akan ku teruskan perjuangan ini…!Walau ku tahu,kau tiada di sisi…”,air matanya jatuh berlinangan dan dia terus melangkah keluar meninggalkan segala kenangan indahnya bersama Salwa.

SAhAbAt...

                                          SaHaBAt...
                                       

                                          UsiA yAng TUHAN KuRNiAkAn iNi,
                                                 HiAsiLah DeNgAN AmaLAn Murni,
                                          Sem0ga iA menjAdi temanmu,      
                                                  di AkhirAt keKal Abadi..........